TOPIK 8: FRASA ADJEKTIF
BAHASA MELAYU
Susunan Frasa Adjektif
dalam Ayat
Frasa adjektif
ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur intinya. Frasa adjektif
merupakan komponen penting dalam proses melengkapkan sesuatu ayat. Dalam hal
ini, frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa
kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada di hadapan
atau di belakangnya. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan
penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif.
Frasa Adjektif Sebagai Predikat
Predikat dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa
adjektif. Dalam hal ini, frasa adjektif juga boleh hadir selepas subjek sebagai
predikat.
Contoh:
(1) . Stadium itu sudah usang.
Dalam ayat (1) [stadium itu ] merupakan subjek frasa nama
yang diikuti oleh predikat frasa adjektif.
Dalam binaan predikat,
[sudah + usang] merupakan predikat yang terbina daripada
unsur-unsur berikut :
[kata bantu + kata adjektif]
Ayat (1) boleh disongsangkan menjadi seperti berikut:
(1) (a) Sudah usang stadium itu. [predikat + subjek]
Frasa predikat yang mendepani subjek sudah berpindah
tempat melalui proses penyongsangan.
Contoh-contoh lain:
(2). Kulitnya putih bersih. (susunan biasa)
(2) (a)
Putih bersih kulitnya (susunan
songsang) [predikat + subjek]
(3). Warna bola itu merah tua. (susunan biasa )
(3)
(a) Merah tua warna bola itu. (susunan
songsang) [predikat + subjek]
Frasa Adjektif
Sebagai Keterangan
Frasa adjektif yang hadir selepas frasa kerja akan
berfungsi sebagai keterangan. Hal yang demikian merupakan fungsi asas kata
adjektif yang memerihalkan sifat dan adjektif bagi keterangan kata kerja.
Contoh:
Subjek
|
Predikat
|
|
(4). Amira
(5). Pelajar
itu
(6). Air
sungai itu
(7). Pemuzik
(8). Kucing itu
|
Frasa Kerja
|
Keterangan
(Frasa Adjektif)
|
berenang
berpidato
mengalir
beraksi
berlari
|
sangat
pantas.
lancar sekali.
deras sekali.
hebat sekali.
laju.
|
Frasa Adjektif Sebagai Penerang Kata Nama
Frasa adjektif boleh hadir selepas kata nama dan frasa
nama. Fungsinya ialah sebagai penerang kepada kata nama.
Frasa Nama
|
|
Kata Nama
|
Kata Adjektif
|
kereta
warna
baju
madu
pangkat
kain
benang
kelapa
pinang
kitab
|
besar
merah
kelabu
asli
tinggi
licin
kasar
muda
masak
tebal
|
Frasa Adjektif dan Ayat
Komplemen
Frasa adjektif yang berperanan
sebagai predikat dalam ayat boleh diikuti oleh ayat komplemen. Kesannya,
ayat tersebut akan menjadi ayat
komplemen.
Contoh:
(9). Ketua kampung itu percaya bahawa anak
buahnya memberikan sokongan padu.
(10). Zulmazran Zulkifli yakin bahawa pasukan Malaysia akan meraih
pingat emas dalam acara boling.
(11). Peserta kursus sedar bahawa mereka harus tidur di khemah
sementara.
(12). Dia insaf bahawa dia perlu meningkatkan
kualiti ibadahnya.
No comments:
Post a Comment