Frasa adjektif dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata
yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat
atau kata adjektif sebagai kata intinya. Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata sifat atau kata
adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi
sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat.
Harus
dijelaskan bahawa kata adjektif yang hadir selepas kata kerja disebut sebagai
keterangan. Sementara, kata adjektif
yang hadir selepas kata nama disebut sebagai penerang. Dalam
perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan
dengan binaan frasa, kata penguat dan kata bantu dalam frasa. Selain itu, unsur
pengisi yang wujud dalam frasa adjektif akan dibincangkan juga dalam tajuk
frasa adjektif bahasa Melayu ini.
Binaan Frasa Adjektif : Unsur
Pengisi Frasa Adjektif
Frasa adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif
sebagai unsur intinya. Frasa adjektif bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat
biasa. Dalam hal ini, frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif
atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat
sama ada dihadapan atau di belakangnya. Hal yang demikian bersesuaian dengan
fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa
adjektif.
Contoh :
(1) . Wak Samad sudah terlalu tua
Dalam ayat (1) [Wak Samad] merupakan subjek frasa
nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif.
Dalam binaan predikat, [sudah + terlalu + tua]
merupakan predikat yang terbina daripada unsur-unsur berikut :
[kata bantu +
penguat + kata adjektif]
Unsur pengisi
dalam frasa adjektif juga dapat dilihat dalam contoh-contoh di bawah:
Kata Bantu
|
Penguat
|
Kata Adjektif
|
Penguat
|
sudah
-
belum
masih
-
|
terlalu
sangat
-
terlalu
amat
|
tua
prihatin
masak
awal
baik
|
-
-
benar
-
-
|
Dalam contoh-contoh di atas, kata bantu boleh hadir
bersama-sama penguat hadapan mendahului kata adjektif. Namun, penguat juga
boleh hadir sama ada di belakang atau di belakang kata adjektif. Bentuk sedemikian boleh berubah-ubah
berdasarkan rumus tatabahasa dan pola dalam ayat berkaitan.
Binaan Kata Adjektif Satu
Perkataan
Binaan jenis ini merupakan asas kepada pembentukan frasa
adjektif yang menggunakan satu kata adjektif dalam ayat.
Contoh:
(2) . Salim sangat
rajin.
(3) . Guru
pelatih itu cergas
(4) . Dia
kelihatan ceria.
(5) . Penglihatannya kabur.
(6) .
Tanamannya subur.
Binaan Kata Adjektif Dua Perkataan
Binaan dua perkataan adjektif merupakan asas kepada
pembentukan frasa adjektif yang menggunakan dua
kata adjektif dalam ayat
Pola binaannya boleh terdiri daripada yang berikut:
(i) kata adjektif
+ kata adjektif (unsur keserasian makna)
contoh :
letih lesu
cantik molek
lemak manis
penat lelah
(i) kata adjektif
+ kata adjektif (makna berlawanan)
contoh:
jatuh bangun
hidup mati
baik buruk
susah senang
pahit maung
Penguat
- Kata
penguat boleh hadir dalam frasa adjektif
berdasarkan jenis-jenisnya. Terdapat tiga jenis penguat:
(i) Penguat
hadapan
(ii) Penguat
belakang
(iii) Penguat bebas
- Penguat hadapan merupakan kata yang terletak di hadapan kata adjektif.
- Penguat hadapan terdiri daripada kata terlalu dan paling.
Contoh:
(7) . Rumahnya terlalu
besar.
(8) . Lukisan
itu paling cantik.
- Penguat
belakang pula merupakan kata yang terletak di belakang kata adjektif
seperti sekali, benar, nian
(9) . Pakaian puteri itu cantik sekali.
(10) . Kereta
lembu itu lambat benar.
(11) . Taman Bunga
di istana itu indah nian.
- Penguat
bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas, iaitu boleh hadir di hadapan
atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat dan sungguh.
(12) . Kubah
masjid itu amat besar.
(13) . Gerakan dan
gaya pesilat Malaysia tangkas sungguh.
Unsur penguat yang hadir berderetan sebelum kata adjektif
juga wujud dalam binaan frasa adjektif.
Contoh : sungguh amat, terlalu amat, seperti
dalam ayat-ayat berikut:
(14).
Percakapan orang tua itu sungguh
amat kasar .
(15).
Perangai anaknya terlalu amat
sopan.
Kata Bantu Dalam Frasa
Adjektif
Kata bantu merupakan unsur yang boleh hadir dalam frasa
adjektif. Ada kata bantu tertentu yang boleh hadir sebelum atau sesudah
penguat. Frasa adjektif jelasnya boleh disertai oleh kata bantu sudah,
belum, masih, harus berdasarkan kesesuaian konteks ayat.
Contoh:
(16). Anaknya sudah
besar.
(17).
Sayur-sayuran dikebun itu masih belum subur.
(18). Pekerja yang
berkualiti harus cekap.
Terdapat juga kata bantu yang boleh hadir sebelum atau
selepas penguat, misalnya: masih amat jauh, belum terlalu lewat, belum
sangat cekap, sungguh masih muda, sungguh telah pandai
Contoh:
(19). Kedudukan
khemah itu masih amat jauh.
(20). Kehadiran
pelajar itu belum terlalu lewat.
(21). Pekerja baru
itu belum sangat cekap.
(22). Anak
sulungnya itu sungguh masih muda.
(23). Pelajar
kelas peralihan itu sungguh telah pandai.
No comments:
Post a Comment