Pages

Wednesday 29 January 2014

TOPIK 2: RAGAM AYAT

Ragam Ayat

Ayat Aktif dan Ayat Pasif
1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.
a)      Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
b)      Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.

1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men. Contohnya:
(a) Emak memasak nasi. dan sebagainya
(b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.
(c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.

2.  Ayat pasif ialah ayat yang kerjanya……
a)      tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua. 
Contohnya:
i.         Bola itu saya tendang.
ii.       Borang itu perlu anda isi.

b)      berawalan di dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga.
 Contohnya:
Baju itu dibasuh oleh kakak.
3. Ayat pasif terdiri daripada:
a)      ayat pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya.
b)      ayat pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya.
c)       ayat pasif diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di, diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya.
4.         Kedua-dua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza.
Contohnya:
Ayat Aktif
Ayat Pasif Diri Pertama
a.    Saya mencuci kasut sekolah.
b.    Kita menerima keputusan itu.
c.     Aku akan memetik bunga itu.
d.    Kami sudah menyusun jadual itu.
a.   Kasut sekolah saya cuci.
b.   Keputusan itu kita terima.
c.    Bunga itu akan aku petik.
d.   Jadual itu sudah kami susun.

Ayat Aktif
Ayat Pasif Diri Kedua
a.    Anda harus menyiapkan kerja itu.
b.    Awak mesti menyerahkan surat itu.
c.     Engkau patut memulangkan duitnya.
d.    Kamu perlu membaiki kereta itu.
a.    Kerja itu harus anda siapkan.
b.   Surat itu mesti awak serahkan.
c.    Duitnya patut engkau pulangkan.
d.   Kereta itu perlu kamu baiki.

Ayat Aktif
Ayat Pasif Diri Ketiga
a.    Mereka mengecat bangunan.
b.    Baginda meminta rakyat supaya
bersabar.
c.     Beliau mengarahkan orang ramai supaya beratur.
d.    Dia sedang menjahit baju.
a.      Bangunan dicat oleh mereka.
b.      Rakyat diminta oleh baginda supaya
bersabar.
c.       Orang ramai diarahkan oleh beliau supaya beratur.
d.      Baju sedang dijahit olehnya.


Ayat Aktif
Ayat Pasif
i.         Ali membaca buku itu.
ii.       Ibu memasak nasi lemak.
iii.     Kita mesti mendengar nasihat guru kita.
iv.     Salmah memukul adiknya dengan kuat.
v.       Yusof membawa kerusi patah.
i.         Buku itu dibaca oleh Ali.
ii.       Nasi lemak dimasak oleh ibu.
iii.     Nasihat guru kita,  mesti kita dengar.
iv.     Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah.
v.       Kerusi patah dibawa oleh Yusof

Tuesday 14 January 2014

TOPIK 3: FRASA NAMA BAHASA MELAYU

Konsep Frasa Nama Bahasa Melayu

Frasa Nama menurut Nik Safiah Karim et.al. (2008) ialah konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya. Unsur inti boleh wujud secara sendiri atau dengan sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya, atau sebelum dan sesudah frasa nama.
            Frasa nama ialah frasa yang boleh berdiri pada subjek dan objek ayat dan predikat nama, disamping boleh menggantikan kata nama (Asmah Hj.Omar, 1986)
 Contoh :
Subjek Frasa Nama
Predikat Frasa Nama
(1). Emak
(2). Emak  Wan Seng
(3). Putrajaya
(4). Bandar Putrajaya
peniaga.
peniaga sayur.
bandar selamat.
bandar selamat.

Struktur Frasa Nama  (inti + inti)
Frasa Nama

Predikat
Inti
Inti
(5). Ibu
bapa
saling bantu-membantu.
(6).  Keluar
masuk
untuk pekerja sahaja.

Struktur Frasa Nama  (inti + penerang)
Frasa Nama

Predikat
Inti
Penerang
(7). Atlet
(8). Pelajar
(9). Pegawai
(10). Anak
(11). Kucing
paralimpik
semester akhir
Jabatan Haiwan
yang soleh itu
jinak itu
meraih pingat emas.
menduduki ujian.
memberi ceramah.
baik akhlaknya.
menggigit makanan.




 Binaan Frasa Nama Dalam Bahasa Melayu

Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et.al, 2006). Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. Dalam struktur binaan ayat, frasa didapati  merupakan unsur yang terletak di bawah klausa. Binaan frasa dapat dibentuk daripada satu kata atau lebih. Walaupun terdapat beberapa  pendapat tentang binaan frasa nama  bahasa Melayu, namun perbincangan dalam topik 3 ini menjurus kepada dua struktur frasa dan binaan  frasa nama. (Abdullah Hassan,1983).

Binaan frasa nama dapat digambarkan seperti berikut:
Binaan Frasa Nama
Penerang
Inti
Penerang


Inti + Penerang Nama
Penerang nama keturunan
askar
Suku bangsa
British.
Jawa.
Penerang nama jenis
kucing
bunga
parsi.
mawar.

Penerang nama kegunaan
serbuk
minyak
kari
pelincir
Penerang nama penyambut
pemutar
penjaga
skru
pintu
Penerang nama kelamin pelakon
guru
lelaki.
wanita.

Penerang nama tempat pinggiran

pantai






Binaan Frasa Nama
Penerang
(Penentu Hadapan)
Inti
(Bilangan+penjodoh bilangan)
Penerang
(Inti)

tiga orang
guru
lima buah
kereta
tujuh dulang
nasi minyak.
Penerang (Penentu belakang)
Inti
Penerang

orang
rumah
itu
ini
Penerang kata kerja
mesin
bilik
kira
menunggu
Penerang kata adjektif
pengemis
kereta
muda
antik
Penerang frasa sendi nama
baju
banglo
di jemuran
di desa.
Penerang bilangan ordinal
tempat
tingkat
kedua
ketiga


Inti + inti
Inti + inti dengan maksud sama erti
tubuh
bukit
badan
bukau
Inti + inti dengan maksud berlawanan
tuan
atas
hidup
puan
bawah
mati