Pages

Sunday, 12 January 2014

TOPIK 1: SUSUNAN DALAM AYAT

SUSUNAN DALAM AYAT


•       Terbina daripada subjek dan predikat.
•       Terdapat dua bentuk susunan ayat iaitu ayat susunan biasa dan ayat susunan songsang
•       Dalam susunan biasa, konstituen subjek terletak dihadapan konstituen predikat.
–     
Contoh; Semua pelajar tidak dibenarkan membuat bising

Subjek
Semua pelajar
Predikat
tidak dibenarkan membuat bising


Ayat susunan songsang

 
•       terbentuk melalui proses pendepanan yang biasanya hadir selepas subjek dipindahkan ke hadapan subjek
 
•       Proses pendepanan dibahagikan kepada;
–      Pendepanan seluruh predikat; dan
–      Pendepanan sebahagian daripada predikat

•       Contoh ayat tunggal susunan songsang pendepanan seluruh predikat;
–      Amat kukuh binaan itu.
–      Beliaulah ketua saya.
–      Sudah pulang tetamu kami.
–      Untuk dia buku ini

Ayat susunan songsang pendepanan sebahagian predikat terbahagi kepada;
Pendepanan
Contoh ayat
Frasa kerja
-Menangis dia tadi
(pendepanan kata kerja sahaja)
-Membasuh pinggan kakak saya di dapur
(pendepanan kata kerja dengan objek)
-Masih tidur ibu saya di atas sofa
(pendepanan kata bantu dengan kata kerja)
Frasa adjektif
Tegas bapa saya dalam hal pelajaran
(pendepanan kata adjektif sahaja)
Frasa sendi nama
Di sungai itu mereka memancing

No comments:

Post a Comment