TOPIK 6: FRASA KERJA BAHASA MELAYU
Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Aspek
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz. (2008) Frasa kerja terdiri
daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja bertugas sebagai
predikat dalam susunan ayat biasa. Dalam hal ini, frasa kerja yang melibatkan
kata bantu aspek merupakan keperihalan tentang aspek masa lampau, ini atau masa
hadapan. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek.
Bagi menjelaskan fungsi kata bantu dalam frasa, diberikan
contoh ayat berkaitan.
Contoh (fungsi menunjukkan masa yang telah berlaku: sudah , telah ,pernah)
(1). Amirul sudah
mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang lepas.
(2). Dia
telah menulis puisi sejak di bangku
sekolah.
(3). Michael
pernah mendapat pengiktirafan sebagai guru cemerlang.
Contoh
(fungsi menunjukkan perbuatan yang belum dilakukan: akan dan belum)
(4). Wan Malini
akan memetik bunga di taman.
(5). Adi Kencana
belum lagi berminat untuk merantau ke kota.
Kata Bantu
|
|
Kata Bantu
Aspek
|
Kata Bantu
Ragam
|
Memerihalkan masa lampau, kini, atau masa hadapan.
Contoh :
telah, sudah, sedang, masih, akan, belum
|
Memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan.
Contoh:
hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dan dapat
|
Frasa
Kerja Dengan Kata Bantu Ragam
Frasa kerja yang melibatkan kata bantu ragam merupakan
keperihalan tentang aspek perasaan. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi
kata bantu aspek yang memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan.
Contoh ayat:
(6). Dia hendak bekerja di Kuala Lumpur.
(7). Maslina mahu membuktikan bahawa dia juga mampu
menjadi juara.
(8). Dia harus pulang ke kampung segera.
(9). Anda mesti
belajar untuk menguasai kemahiran mengajar.
(10). Yatim boleh berjaya
jika dia berusaha bersungguh-sungguh.
(11). Daud dapat menyertai
program sukan berkuda di Johor Bahru.
Frasa Kerja Dengan
Ayat Komplemen
Frasa kerja dengan ayat komplemen merupakan jenis frasa yang boleh menerima pelengkap
atau sebaliknya yang dipancangkan ke dalam klausa utama bagi binaan sesuatu
ayat. Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008), frasa kerja sama ada jenis
transitif atau tak transitif, boleh menerima ayat komplemen. Dalam binaan
predikat, frasa kerja jenis ini
ditandai dengan penggunaan kata
kata hubung bahawa, demi, supaya, semoga dan untuk. Apabila
keadaan sedemikian berlaku, maka ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk
Contoh :
(i) Frasa kerja
transitif dengan ayat komplemen
(12). Cikgu Normah menegaskan bahawa tidur yang
berkualiti adalah perlu
untuk
kesihatan minda.
(13). Pak Mat mengakui bahawa dia pernah berkhidmat dalam pasukan
komando.
(14). Pemandu bas itu
memaklumkan bahawa semua penumpang selamat
sampai ke destinasi.
Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat (12) , (13) dan (14)
menunjukkan kata kerja tidur, terjatuh dan bergaduh. Kata kerja tersebut menerima
ayat komplemen yang akhirnya membentuk ayat majmuk.
(ii) Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen
(15). Haji Amin percaya bahawa mangsa kebakaran itu boleh diselamatkan.
(16). Kim Seng faham bahawa jirannya terpaksa berpindah
ke kampung.
(17). Jasmin
berpendapat bahawa kerjaya guru sangat mencabar.
Dalam ayat (15), (16), dan (17), frasa kerja tak transitif telah menerima ayat komplemen. Biarpun begitu, ayat ini masih
mengekalkan konsep kata kerja tak transitif dan akhirnya membentuk ayat majmuk.
Unsur
Keterangan dalam Frasa Kerja
Unsur keterangan dalam frasa kerja diwakili oleh unsur-unsur penerang yang
memerihalkan atau menerangkan kata kerja tersebut dengan lebih lanjut. Unsur
–unsur biasanya hadir selepas kata kerja. Bagi kata kerja transitif, unsur
keterangan hadir selepas objek (penyambut). Unsur-unsur keterangan boleh
terdiri daripada binaan frasa sendi nama, frasa adjektif, dan frasa nama. Yang
pasti, unsur keterangan ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang
maksud dan sasaran makna dalam sesuatu frasa yang menjadi struktur binaan dalam
satu-satu frasa.
Berdasarkan aspek
makna yang hadir dalam frasa kerja, unsur keterangan dapat dibahagikan kepada
lapan jenis:
(i) Keterangan tempat atau arah
(ii) Keterangan waktu
(iii) Keterangan cara
(iv) Keterangan tujuan atau harapan
(v) Keterangan alat
(vi) Keterangan penyertaan
(vii) Keterangan hal
(viii) Keterangan bagai
Huraian:
(i) Keterangan tempat atau arah
Unsur keterangan tempat atau arah membincangkan tempat
berlakunya peristiwa. Penggunaan kata sendi
nama di,ke,dari,daripada,kepada ,pada jelas terdapat dalam unsur
keterangan ini.
Contoh:
(18) Dia belajar di universiti.
(19) Abang Malik memanjat ke atas bumbung rumah.
(20) Swee Ling berasal dari Negeri Sembilan.
(21) Emak Shafik
menerima hadiah cenderamata daripada guru besar.
(ii) Keterangan waktu
Dua bentuk
keterangan waktu wujud dalam frasa kerja iaitu
·
bentuk frasa
sendi nama yang mengandungi kata sendi nama iaitu pada, dalam , sejak dan
hingga
·
bentuk frasa nama
seperti semalam, tahun lepas,
Contoh :
(22) Pensyarah itu menamatkan kuliah pada jam 9 malam.
(23) Pameran
kesenian itu bermula sejak
semalam.
(24) Aiman menunggu kepulangan ayahnya hingga pukul 12
malam.
(iii) Keterangan cara
·
Keterangan cara
boleh bersumberkan daripada kata adjektif.
·
Keterangan cara
boleh terbina daripada frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama dengan diikuti kata adjektif
yang menerima kata pembenda –nya.
Contoh :
(25) Air sungai mengalir deras.
(25) (a) Air
sungai mengalir dengan derasnya.
(26) Azman berlari
pantas.
(26) (a) Azman berlari dengan pantasnya.
(27) Menteri
berjalan megah.
(27) (a) Menteri berjalan dengan megahnya.
(iv) Keterangan tujuan atau harapan
- Keterangan
tujuan atau harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau
kejadian.
- Keterangan
tujuan menggunakan kata sendi nama : demi, untuk dan bagi.
Contoh :
(28) Muhamad belajar bersungguh-sungguh demi
masa depan.
(29) Mereka
berkahwin untuk mencapai kebahagiaan hidup.
(30) Penghulu berucap di perhimpunan itu bagi
menjelaskan isu sebenar.
(v) Keterangan alat
- Unsur
yang menerangkan peralatan, perkakas atau benda yang digunakan dalam sesuatu
proses atau peristiwa. Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan.
Contoh:
(31) Guru pelatih
itu datang dengan menaiki kereta api
(32) Encik Ahmad
memotong kek dengan pisau.
(33) Harjit Singh
memukul bola dengan kayu hoki.
(vi) Keterangan penyertaan
- Unsur
yang menerangkan maksud ikut serta, ikut bersama-sama atau melibatkan
diri.
- Kata
sendi nama yang digunakan ialah dengan.
Contoh:
(34) Aminah
datang ke masjid dengan suaminya.
(35) Pegawai
kebajikan melawat kampung contoh dengan
ahli jawatankuasa
surau.
(36) Muniandy
masuk ke pejabat dengan pembantunya.
(vii) Keterangan
hal
- keterangan
hal berfungsi menerangkan keadaan
- kata
sendi nama yang digunakan ialah tentang, mengenai, terhadap.
Contoh:
(37) Tuan
pengurus sedang memikirkan tentang
masalah itu.
(38) Panel
disiplin membuat teguran terhadap kes itu.
(39) Jurutera
perunding membuat penilaian semula tentang projek tersebut.
(viii) Keterangan bagai
- Unsur
yang menerangkan keserupaan,kesamaan atau hampir sama.
- Kata
sendi nama yang digunakan ialah seperti, bagai, sebagai, bak.
Contoh :
(40) Amran berlagak
seperti pegawai tinggi .
(41) Kepantasan lelaki
itu bertindak bagai lipas kudung .
(42) Diana
berlakon sebagai Puteri Gunung Ledang.
(43) Hidungnya
mancung bak seludang.
Kesimpulan
Frasa kerja merupakan satu bentuk frasa yang kompleks dan
mampu menerima unsur-unsur perkataan yang menjadi struktur asas dalam binaan
predikatnya.
Hal yang demikian bergantung kepada situasi dan rumus
yang menjadi dasar dalam pembentukan frasa yang akhirnya menghasilkan satu ayat
yang lengkap
No comments:
Post a Comment