Pages

Sunday, 16 March 2014

TOPIK 8: FRASA ADJEKTIF BAHASA MELAYU

TOPIK 8: FRASA ADJEKTIF BAHASA MELAYU

Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat

Frasa adjektif   ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif  sebagai unsur intinya. Frasa adjektif merupakan komponen penting dalam proses melengkapkan sesuatu ayat. Dalam hal ini, frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada di hadapan atau di belakangnya. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif.

Frasa  Adjektif  Sebagai Predikat
           
Predikat dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa adjektif. Dalam hal ini, frasa adjektif juga boleh hadir selepas subjek sebagai predikat.

Contoh:
(1) . Stadium itu   sudah usang.

Dalam ayat (1) [stadium itu ] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif.

Dalam binaan predikat,  [sudah + usang] merupakan predikat yang terbina daripada unsur-unsur  berikut :
[kata bantu  +  kata adjektif]

Ayat (1) boleh disongsangkan menjadi seperti berikut:
(1) (a) Sudah usang stadium itu. [predikat + subjek]

Frasa predikat yang mendepani subjek sudah berpindah tempat melalui proses penyongsangan.  

Contoh-contoh lain:
(2).     Kulitnya putih bersih. (susunan biasa)
(2) (a) Putih bersih kulitnya   (susunan songsang) [predikat + subjek]
(3).     Warna bola itu merah tua. (susunan biasa )
(3) (a)  Merah tua warna bola itu. (susunan songsang) [predikat + subjek]

Frasa  Adjektif    Sebagai Keterangan
           
Frasa adjektif yang hadir selepas frasa kerja akan berfungsi sebagai keterangan. Hal yang demikian merupakan fungsi asas kata adjektif yang memerihalkan sifat dan adjektif bagi keterangan kata kerja.

Contoh:
Subjek
Predikat

(4). Amira
(5). Pelajar itu
(6). Air sungai  itu
(7). Pemuzik
(8).  Kucing itu
Frasa Kerja
Keterangan
 (Frasa Adjektif)
berenang
berpidato
mengalir
beraksi
berlari
sangat pantas.
lancar  sekali.
deras sekali.
hebat sekali.
laju.

Frasa  Adjektif  Sebagai Penerang Kata Nama
           
Frasa adjektif boleh hadir selepas kata nama dan frasa nama. Fungsinya ialah sebagai penerang kepada kata nama.

Frasa Nama
Kata Nama
Kata Adjektif
kereta
warna
baju
madu
pangkat
kain
benang
kelapa
pinang
kitab
besar
merah
kelabu
asli
tinggi
licin
kasar
muda
masak
tebal

Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen

Frasa adjektif yang berperanan sebagai predikat dalam ayat boleh diikuti oleh ayat komplemen. Kesannya, ayat  tersebut akan menjadi ayat komplemen.
Contoh:

(9).     Ketua kampung itu percaya bahawa anak buahnya memberikan sokongan padu.
(10).  Zulmazran Zulkifli  yakin bahawa pasukan Malaysia akan meraih pingat emas  dalam acara boling.
(11).   Peserta kursus sedar bahawa mereka harus  tidur di khemah
           sementara.

(12).   Dia insaf bahawa dia perlu meningkatkan kualiti ibadahnya.

TOPIK 7: FRASA ADJEKTIF BAHASA MELAYU

TOPIK 7: FRASA ADJEKTIF BAHASA MELAYU

Frasa adjektif dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya.  Hal yang demikian membuktikan bahawa  kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat.

Harus dijelaskan bahawa kata adjektif yang hadir selepas kata kerja disebut sebagai keterangan. Sementara, kata adjektif  yang hadir selepas kata nama disebut sebagai penerang. Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan binaan frasa,  kata penguat dan  kata bantu dalam frasa. Selain itu, unsur pengisi yang wujud dalam frasa adjektif akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa adjektif  bahasa Melayu ini.

Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif

Frasa adjektif   ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif  sebagai unsur intinya. Frasa adjektif  bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Dalam hal ini, frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada dihadapan atau di belakangnya. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif.

Contoh :
(1) . Wak Samad sudah terlalu tua

Dalam ayat (1) [Wak Samad] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif.
Dalam binaan predikat,  [sudah + terlalu + tua] merupakan predikat yang terbina daripada unsur-unsur  berikut :
[kata bantu  + penguat + kata adjektif]

 Unsur pengisi dalam frasa adjektif juga dapat dilihat dalam contoh-contoh di bawah:
Kata Bantu
Penguat
Kata Adjektif
Penguat
sudah
-
belum
masih
-
terlalu
sangat
-
terlalu
amat
tua
prihatin
masak
awal
baik
-
-
benar
-
-

Dalam contoh-contoh di atas, kata bantu boleh hadir bersama-sama penguat hadapan mendahului kata adjektif. Namun, penguat juga boleh hadir sama ada di belakang atau di belakang  kata adjektif. Bentuk sedemikian boleh berubah-ubah berdasarkan rumus tatabahasa dan pola dalam ayat berkaitan.

Binaan Kata Adjektif Satu Perkataan

Binaan jenis ini merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan satu kata adjektif dalam ayat.
Contoh:
  (2) . Salim  sangat  rajin.
  (3) . Guru pelatih itu  cergas
  (4) . Dia kelihatan  ceria.
  (5) . Penglihatannya  kabur.
  (6) . Tanamannya  subur.

Binaan Kata Adjektif Dua  Perkataan

Binaan dua perkataan adjektif merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan dua  kata adjektif dalam ayat
Pola binaannya boleh terdiri daripada yang berikut:

(i)  kata adjektif + kata adjektif (unsur keserasian makna)

contoh :
letih lesu
cantik molek
lemak manis
penat lelah

(i)  kata adjektif + kata adjektif (makna berlawanan)
contoh:
jatuh bangun
hidup mati
baik buruk
susah senang
pahit maung

Penguat

  • Kata penguat boleh hadir dalam frasa adjektif  berdasarkan jenis-jenisnya. Terdapat tiga jenis penguat:
(i)   Penguat hadapan
(ii)  Penguat belakang
(iii) Penguat bebas

  • Penguat hadapan merupakan kata yang terletak di hadapan kata adjektif.
  • Penguat hadapan  terdiri daripada kata terlalu dan paling.
 Contoh:

(7) . Rumahnya  terlalu besar.
(8) . Lukisan  itu  paling cantik.

  • Penguat belakang pula merupakan kata yang terletak di belakang kata adjektif seperti sekali, benar, nian
(9) .   Pakaian puteri itu cantik sekali.
(10) . Kereta lembu itu lambat benar.
(11) . Taman Bunga di istana itu indah nian.

  • Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas, iaitu boleh hadir di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat dan sungguh.
(12) .  Kubah masjid itu  amat besar.
(13) .  Gerakan dan gaya  pesilat Malaysia tangkas sungguh.

Unsur penguat yang hadir berderetan sebelum kata adjektif juga wujud dalam binaan frasa adjektif.

Contoh : sungguh amat, terlalu amat, seperti dalam ayat-ayat berikut:
(14).  Percakapan  orang tua itu sungguh amat  kasar .
(15).  Perangai  anaknya terlalu amat sopan.

Kata Bantu Dalam Frasa Adjektif

Kata bantu merupakan unsur yang boleh hadir dalam frasa adjektif. Ada kata bantu tertentu yang boleh hadir sebelum atau sesudah penguat. Frasa adjektif jelasnya boleh disertai oleh kata bantu sudah, belum, masih, harus berdasarkan kesesuaian konteks ayat.

Contoh:
(16).  Anaknya sudah besar.
(17).  Sayur-sayuran  dikebun itu  masih belum subur.
(18).  Pekerja yang berkualiti  harus  cekap.

Terdapat juga kata bantu yang boleh hadir sebelum atau selepas penguat, misalnya: masih amat jauh, belum terlalu lewat, belum sangat cekap, sungguh masih muda, sungguh telah pandai

Contoh:
(19).  Kedudukan khemah  itu   masih amat jauh.
(20).  Kehadiran pelajar itu belum terlalu lewat.
(21).  Pekerja baru itu   belum sangat   cekap.
(22).  Anak sulungnya itu   sungguh masih   muda.
(23).  Pelajar kelas  peralihan itu sungguh telah   pandai.

TOPIK 6: FRASA KERJA BAHASA MELAYU

TOPIK 6: FRASA KERJA BAHASA MELAYU

Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Aspek

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz. (2008) Frasa kerja terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Dalam hal ini, frasa kerja yang melibatkan kata bantu aspek merupakan keperihalan tentang aspek masa lampau, ini atau masa hadapan. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek.

Bagi menjelaskan fungsi kata bantu dalam frasa, diberikan contoh ayat berkaitan.

Contoh (fungsi menunjukkan masa  yang telah berlaku: sudah , telah ,pernah)

  (1). Amirul sudah mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang lepas.
  (2). Dia telah  menulis puisi sejak di bangku sekolah.
  (3). Michael pernah mendapat pengiktirafan sebagai guru cemerlang.
      Contoh (fungsi menunjukkan perbuatan yang belum dilakukan: akan dan     belum)
  (4). Wan Malini akan memetik bunga di taman.
  (5). Adi Kencana belum lagi berminat untuk merantau ke kota.

Kata Bantu
Kata Bantu Aspek
Kata Bantu Ragam
Memerihalkan masa lampau, kini, atau masa hadapan.
Contoh :
telah, sudah, sedang, masih, akan, belum
Memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan.
Contoh:
hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dan dapat

Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Ragam

Frasa kerja yang melibatkan kata bantu ragam merupakan keperihalan tentang aspek perasaan. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek yang memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan.

Contoh ayat:
(6). Dia hendak bekerja di  Kuala Lumpur.
(7). Maslina mahu membuktikan bahawa dia juga mampu menjadi juara.
(8). Dia harus pulang ke kampung segera.
(9).  Anda mesti belajar untuk menguasai kemahiran mengajar.
(10).  Yatim boleh berjaya jika dia berusaha bersungguh-sungguh.
(11).  Daud dapat menyertai program sukan berkuda di Johor Bahru.  

Frasa Kerja Dengan Ayat Komplemen
           
Frasa kerja dengan ayat komplemen  merupakan jenis frasa yang boleh menerima pelengkap atau sebaliknya yang dipancangkan ke dalam klausa utama bagi binaan sesuatu ayat. Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008), frasa kerja sama ada jenis transitif atau tak transitif, boleh menerima ayat komplemen. Dalam binaan predikat, frasa kerja jenis ini  ditandai  dengan penggunaan kata kata hubung bahawa, demi, supaya, semoga dan untuk. Apabila keadaan sedemikian berlaku, maka ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk

Contoh :
(i)  Frasa kerja transitif dengan ayat komplemen

(12). Cikgu Normah  menegaskan bahawa tidur yang berkualiti  adalah perlu
         untuk kesihatan minda.
(13). Pak Mat mengakui bahawa dia pernah  berkhidmat dalam pasukan
         komando.
(14). Pemandu bas itu  memaklumkan bahawa semua penumpang selamat
         sampai ke destinasi.

Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat (12) , (13) dan (14) menunjukkan kata kerja tidur, terjatuh dan bergaduh. Kata kerja tersebut menerima ayat komplemen yang akhirnya membentuk ayat majmuk.

(ii) Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen

(15). Haji Amin percaya bahawa  mangsa kebakaran itu boleh diselamatkan.
(16). Kim Seng faham bahawa jirannya terpaksa berpindah ke kampung.
(17).  Jasmin berpendapat bahawa kerjaya guru sangat  mencabar.

Dalam ayat (15), (16), dan (17), frasa  kerja tak transitif telah menerima  ayat komplemen. Biarpun begitu, ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif dan akhirnya membentuk ayat majmuk.

Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja

Unsur keterangan dalam frasa kerja  diwakili oleh unsur-unsur penerang yang memerihalkan atau menerangkan kata kerja tersebut dengan lebih lanjut. Unsur –unsur biasanya hadir selepas kata kerja. Bagi kata kerja transitif, unsur keterangan hadir selepas objek (penyambut). Unsur-unsur keterangan boleh terdiri daripada binaan frasa sendi nama, frasa adjektif, dan frasa nama. Yang pasti, unsur keterangan ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang maksud dan sasaran makna dalam sesuatu frasa yang menjadi struktur binaan dalam satu-satu frasa.

Berdasarkan  aspek makna yang hadir dalam frasa kerja, unsur keterangan dapat dibahagikan kepada lapan jenis:
(i) Keterangan tempat atau arah
(ii) Keterangan waktu
(iii) Keterangan cara
(iv) Keterangan tujuan atau harapan
(v) Keterangan alat
(vi) Keterangan penyertaan
(vii) Keterangan hal
(viii) Keterangan bagai

Huraian:

(i) Keterangan tempat atau arah
Unsur keterangan tempat atau arah membincangkan tempat berlakunya peristiwa. Penggunaan kata sendi  nama di,ke,dari,daripada,kepada ,pada jelas terdapat dalam unsur keterangan ini.

Contoh:
(18) Dia belajar di universiti.
(19) Abang Malik memanjat ke atas bumbung rumah.
(20) Swee Ling berasal dari Negeri Sembilan.
(21)  Emak Shafik menerima hadiah cenderamata daripada guru besar.   

(ii) Keterangan waktu
 Dua bentuk keterangan waktu wujud dalam frasa kerja iaitu
·         bentuk frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama iaitu pada, dalam , sejak dan hingga
·         bentuk frasa nama seperti semalam, tahun lepas, 
Contoh :
(22) Pensyarah itu menamatkan kuliah pada jam 9 malam.
(23) Pameran  kesenian  itu bermula sejak semalam.
(24) Aiman menunggu kepulangan ayahnya hingga pukul 12 malam.

(iii) Keterangan cara
·         Keterangan cara boleh bersumberkan daripada kata adjektif.
·         Keterangan cara boleh terbina daripada frasa sendi nama yang mengandungi   kata sendi nama dengan diikuti kata adjektif yang menerima kata pembenda –nya.

Contoh :
(25)        Air sungai mengalir deras.
(25) (a)   Air sungai mengalir dengan derasnya.
(26)         Azman berlari  pantas.
(26)  (a)   Azman berlari dengan pantasnya.
(27)        Menteri berjalan megah.
(27)  (a)   Menteri berjalan dengan megahnya.

(iv) Keterangan tujuan atau harapan
  • Keterangan tujuan atau harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian.
  • Keterangan tujuan menggunakan kata sendi nama : demiuntuk dan bagi
Contoh :
(28)    Muhamad belajar bersungguh-sungguh demi masa depan.
(29)     Mereka berkahwin untuk mencapai kebahagiaan hidup.
(30)    Penghulu berucap di perhimpunan itu bagi menjelaskan isu sebenar.

(v) Keterangan alat
  • Unsur yang menerangkan peralatan, perkakas atau benda yang digunakan dalam sesuatu proses atau peristiwa. Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan.
Contoh:
(31)  Guru pelatih itu datang dengan menaiki kereta api
(32)   Encik Ahmad memotong kek dengan pisau.
(33)   Harjit Singh memukul  bola dengan kayu hoki.

(vi) Keterangan penyertaan
  • Unsur yang menerangkan maksud ikut serta, ikut bersama-sama atau melibatkan diri.
  • Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan.
Contoh:
(34)     Aminah datang ke masjid dengan suaminya.
(35)   Pegawai kebajikan  melawat kampung contoh dengan ahli jawatankuasa
          surau.
(36)   Muniandy masuk ke pejabat dengan pembantunya.  

(vii) Keterangan  hal
  • keterangan hal berfungsi menerangkan keadaan
  • kata sendi nama yang digunakan ialah tentang, mengenai, terhadap.
Contoh:
(37)     Tuan pengurus  sedang memikirkan tentang masalah itu.
(38)   Panel disiplin membuat teguran terhadap kes itu.
(39)   Jurutera perunding membuat penilaian semula tentang projek tersebut.

(viii) Keterangan bagai
  • Unsur yang menerangkan keserupaan,kesamaan atau hampir sama.
  • Kata sendi nama yang digunakan ialah seperti, bagai, sebagai, bak.
Contoh :
(40)     Amran berlagak seperti pegawai  tinggi .
(41)   Kepantasan  lelaki  itu bertindak bagai lipas kudung .
(42)   Diana berlakon sebagai Puteri Gunung Ledang.
(43)   Hidungnya mancung bak seludang.

Kesimpulan
Frasa kerja merupakan satu bentuk frasa yang kompleks dan mampu menerima unsur-unsur perkataan yang menjadi struktur asas dalam binaan predikatnya.  
Hal yang demikian bergantung kepada situasi dan rumus yang menjadi dasar dalam pembentukan frasa yang akhirnya menghasilkan satu ayat yang lengkap.

TOPIK 4: FRASA KERJA BAHASA MELAYU

  • Keterangan tujuan menggunakan kata sendi nama : demi, untuk dan bagi
Contoh :
(28)    Muhamad belajar bersungguh-sungguh demi masa depan.
(29)     Mereka berkahwin untuk mencapai kebahagiaan hidup.
(30)    Penghulu berucap di perhimpunan itu bagi menjelaskan isu sebenar.

(v) Keterangan alat
  • Unsur yang menerangkan peralatan, perkakas atau benda yang digunakan dalam sesuatu proses atau peristiwa. Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan.
Contoh:
(31)  Guru pelatih itu datang dengan menaiki kereta api
(32)   Encik Ahmad memotong kek dengan pisau.
(33)   Harjit Singh memukul  bola dengan kayu hoki.

(vi) Keterangan penyertaan
  • Unsur yang menerangkan maksud ikut serta, ikut bersama-sama atau melibatkan diri.
  • Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan.
Contoh:
(34)     Aminah datang ke masjid dengan suaminya.
(35)   Pegawai kebajikan  melawat kampung contoh dengan ahli jawatankuasa
          surau.
(36)   Muniandy masuk ke pejabat dengan pembantunya.  

(vii) Keterangan  hal
  • keterangan hal berfungsi menerangkan keadaan
  • kata sendi nama yang digunakan ialah tentang, mengenai, terhadap.
Contoh:
(37)     Tuan pengurus  sedang memikirkan tentang masalah itu.
(38)   Panel disiplin membuat teguran terhadap kes itu.
(39)   Jurutera perunding membuat penilaian semula tentang projek tersebut.

(viii) Keterangan bagai
  • Unsur yang menerangkan keserupaan,kesamaan atau hampir sama.
  • Kata sendi nama yang digunakan ialah seperti, bagai, sebagai, bak.
Contoh :
(40)     Amran berlagak seperti pegawai  tinggi .
(41)   Kepantasan  lelaki  itu bertindak bagai lipas kudung .
(42)   Diana berlakon sebagai Puteri Gunung Ledang.
(43)   Hidungnya mancung bak seludang.

Kesimpulan
Frasa kerja merupakan satu bentuk frasa yang kompleks dan mampu menerima unsur-unsur perkataan yang menjadi struktur asas dalam binaan predikatnya.  
Hal yang demikian bergantung kepada situasi dan rumus yang menjadi dasar dalam pembentukan frasa yang akhirnya menghasilkan satu ayat yang lengkap