FRASA KERJA
Frasa kerja ialah binaan yang
boleh terdiri daripada satu patah kata atau lebih dengan kata kerja sebagai unsur
intinya.
Secara umumnya, frasa kerja
terbahagi kepada dua, iaitu;
i.
Binaan frasa
kerja tanpa objek
ii.
Binaan frasa
kerja dengan objek
Binaan frasa kerja tanpa objek
terdiri daripada kata kerja tak transitif yang mungkin diikuti oleh pelengkap
kata nama, pelengkap kata adjektif, atau pelengkap frasa sendi nama. Contohnya;
· Perompak itu
bersenjatakan pisau (pelengkapnya kata
nama)
· Orang itu
sentiasa berbuat baik (pelengkapnya kata
adjektif)
· Anaknya
bermastautin di ibu
kota (pelengkapnya frasa
sendi nama)
Binaan frasa kerja tanpa objek
juga boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif tanpa pelengkap atau kata
kerja tak transitif dengan kata nama sebagai penerang.
Contoh;
· Abang tertawa (tanpa
pelengkap)
· Kami bermain dam (
kata nama dam sebagai penerang)
Binaan frasa kerja dengan objek
terbahagi kepada dua bentuk:
a)
Frasa kerja
transitif dengan satu objek, misalnya
Bapa membeli motosikal (satu
objek-motosikal)
(b) Frasa kerja
transitif dengan dua objek, misalnya;
· Bapa
membelikan abang motosikal (dua
objek-abang[objek tepat] dan motosikal [objek sipi])
Frasa kerja
boleh mengandung kata bantu, sama ada kata bantu aspek atau kata
bantu ragam. Contoh;
· Ridhwan pernah menulis
cerpen (mengandung
kata bantu
aspek pernah)
· Hasmidar hendak meminjam
pen ( mengandung kata
bantu
ragam hendak)
Frasa kerja, sama ada jenis
transitif atau tak transitif, boleh menerima ayat komplemen.
Contoh;
· Dia mengaku bahawa
dia cinta akan gadis itu
(Frasa kerja
transitif dengan ayat komplemen)
· Beliau
berkata bahawa masalah itu harus didedahkan segera
( Frasa kerja tak transitif dengan
ayat komplemen)
Frasa kerja juga boleh menerima
unsur keterangan yang hadir selepas kata kerja. Unsur keterangan
terbahagi kepada jenis-jenis yang berikut;
a)
Keterangan tempat atau arah,
contohnya;
o Abang saya belajar diseberang laut.
o
Adik
melompat ke atas tilam.
b)
Keterangan waktu,
misalnya;
o Perlawanan itu tamat pada jam sepuluh setengah malam.
o
Dia
menyudahkan jawapannya dalam tempoh satu jam
c)
Keterangan cara,
contohnya;
o Air sungai mengalir deras (keterangan
kata adjektif)
o Air sungai mengalir dengan derasnya (keterangan
frasa sendi nama)
d)
Keterangan tujuan dan harapan,
misalnya;
o Mereka bekerja demi sesuap nasi
o
Dia belajar untuk
masa depannya.
e)
Keterangan alat,
contohnya;
o
Mereka pergi dengan
kapal terbang
o Azhar menebang pokok dengan kapak.
f)
Keterangan penyertaan,
contohnya;
o Anuar mengusahakan sawah itu dengan adik-beradiknya
o
Puan Julia
pergi melancong ke Itali dengan suaminya
g)
Keterangan hal, misalnya
o Sasterawan itu sedang berbicara tentang teknik penulisan novel.
o
Kabinet akan
mengeluarkan laporan mengenai kenaikan harga minyak.
h)
Keterangan bagai,
misalnya;
o Dia menjerit-jerit bagai orang kerasukan hantu.
o
Nisha
bergaya seperti peragawati.
Dalam binaan ayat dasar, frasa
kerja dapat berfungsi sebagai predikat.
Contohnya;