Pages

Sunday 9 February 2014

TOPIK 5: FRASA KERJA BAHASA MELAYU

FRASA KERJA

*      Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau lebih dengan kata kerja sebagai unsur intinya.

*      Secara umumnya, frasa kerja terbahagi kepada dua, iaitu;


i.                   Binaan frasa kerja tanpa objek
ii.                 Binaan frasa kerja dengan objek

*      Binaan frasa kerja tanpa objek terdiri daripada kata kerja tak transitif yang mungkin diikuti oleh pelengkap kata nama, pelengkap kata adjektif, atau pelengkap frasa sendi nama. Contohnya;

·         Perompak itu bersenjatakan pisau         (pelengkapnya kata nama)
·         Orang itu sentiasa berbuat baik               (pelengkapnya kata adjektif)
·         Anaknya bermastautin di ibu kota          (pelengkapnya frasa sendi nama)

*      Binaan frasa kerja tanpa objek juga boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif tanpa pelengkap atau kata kerja tak transitif dengan kata nama sebagai penerang.

Contoh;
·         Abang tertawa                                (tanpa pelengkap)
·         Kami bermain dam                       ( kata nama dam sebagai penerang)


*      Binaan frasa kerja dengan objek terbahagi kepada dua bentuk:

a)    Frasa kerja transitif dengan satu objek, misalnya

Bapa membeli motosikal                         (satu objek-motosikal)


(b)  Frasa kerja transitif dengan dua objek, misalnya;

·         Bapa membelikan abang motosikal     (dua objek-abang[objek tepat] dan motosikal [objek sipi])


*      Frasa   kerja boleh mengandung kata bantu, sama ada kata bantu aspek atau kata bantu ragam. Contoh;

·           Ridhwan pernah menulis cerpen             (mengandung kata bantu                      
                                                                                          aspek  pernah)
·           Hasmidar hendak meminjam pen          ( mengandung kata bantu
                                                                                          ragam    hendak)
*      Frasa kerja, sama ada jenis transitif atau tak transitif, boleh menerima ayat komplemen. Contoh;

·         Dia mengaku bahawa dia cinta akan gadis itu
        (Frasa kerja transitif dengan ayat komplemen)  
             
·         Beliau berkata bahawa masalah itu harus didedahkan segera
          ( Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen)


*      Frasa kerja juga boleh menerima unsur keterangan yang hadir selepas kata kerja. Unsur keterangan terbahagi kepada jenis-jenis yang berikut;


a)    Keterangan tempat atau arah, contohnya;

o   Abang saya belajar diseberang laut.
o   Adik melompat ke atas tilam.


b)    Keterangan waktu, misalnya;

o   Perlawanan itu tamat pada jam sepuluh setengah malam.
o   Dia menyudahkan jawapannya dalam tempoh satu jam


c)     Keterangan cara, contohnya;

o   Air sungai mengalir deras                             (keterangan kata adjektif)
o   Air sungai mengalir dengan derasnya        (keterangan frasa sendi nama)

d)    Keterangan tujuan dan harapan, misalnya;

o   Mereka bekerja demi sesuap nasi
o   Dia belajar untuk masa depannya.


e)    Keterangan alat, contohnya;

o   Mereka pergi dengan kapal terbang
o   Azhar menebang pokok dengan kapak.

f)      Keterangan penyertaan, contohnya;

o   Anuar mengusahakan sawah itu dengan adik-beradiknya
o   Puan Julia pergi melancong ke Itali dengan suaminya





g)    Keterangan hal, misalnya

o   Sasterawan itu sedang berbicara tentang teknik penulisan novel.
o   Kabinet akan mengeluarkan laporan mengenai kenaikan harga minyak.

h)    Keterangan bagai, misalnya;

o   Dia menjerit-jerit bagai orang kerasukan hantu.
o   Nisha bergaya seperti peragawati.



*      Dalam binaan ayat dasar, frasa kerja dapat berfungsi sebagai predikat.
Contohnya;

Emak sedang mengemas rumah

No comments:

Post a Comment